Makanan cantikkan kulit
Wanita mengalami banyak perubahan pada kulitnya seperti kekurangan penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan proses pemulihan semakin lemah akibat perubahan hormon yang bermula sejak usia baligh, kehamilan dan menopaus. Biasanya, kita menjaga kesihatan kulit secara luaran dengan penggunaan krim ataupun mengunjungi salun kecantikan untuk mencantikkan kulit.
Tetapi, mungkin kita tidak sedar bahawa vitamin, mineral dan asid lemak perlu (EFA) yang mencukupi juga diperlukan ke arah memperoleh kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya, apa yang dimakan lebih penting berbanding penggunaan produk secara luaran bagi mengekalkan kecantikan kulit.
Asid lemak Omega 6 daripada minyak evening primrose disarankan untuk kesihatan kulit. Kajian (oleh R.Muggli pada Ogos 2005) yang diterbitkan dalamInternational Journal of Cosmetic Science menunjukkan bahawa pengambilan tiga gram (gm) minyak evening Primrose Rigel setiap hari selama tiga bulan boleh melambatkan penuaan kulit.

Tumbuhan Rigel juga menghasilkan minyak yang mengandungi 33 peratus lebih Asid Gama Linolenik (GLA) sedangkan hanya dos yang lebih rendah diperlukan untuk pengekalan kulit sihat. Pengambilan minyak evening primrose memberi manfaat kepada kelembapan, kehilangan air, keanjalan, ketegangan, daya tahan dan kekasaran kulit.
Dengan itu, sekiranya anda inginkan pelembap dan produk rawatan diserap oleh kulit dengan lebih baik, pengambilan EFA adalah perlu. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan EFA bersama antioksida seperti vitamin A, C dan E berkesan bagi memperbaiki kesihatan dan merawat masalah kulit termasuk dermatitis dan ekzema.
Vitamin A penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit, vitamin C membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit) dan vitamin E merangsang pemulihan dan pembaikan tisu. Ia mencegah kerosakan sel dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas. Kekurangan zink boleh melambatkan proses penyembuhan luka atau jerawat. Zink bersama vitamin E pula menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit yang muda serta mungkin membantu masalah kulit yang berparut.
Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksima, pengambilan nutrien antioksida memerlukan kombinasi yang lebih menyeluruh kerana kekurangan sesetengah nutrien akan menjejaskan kulit atau anda tidak akan memperolehi kesan yang sepatutnya. Dengan itu, pengambilan kombinasi beberapa nutrien antioksida yang mengandungi beta karotena, vitamin C, E, selenium dan zink dalam satu tablet merupakan langkah pencegahan daripada kerosakan radikal bebas.
Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu. Jika tidak pasti dengan diet anda, suplemen tertentu boleh menjadi pilihan.
Sumber Utusan : 27/04/2008
Ok.. saya ringkaskan fungsi2 vitamin yang dinyatakan dalam artikel di atas.
Vitamin A ~ penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit
Vitamin C ~ membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit)
Vitamin E ~ merangsang pemulihan dan pembaikan tisu dan mencegah kerosakan sel dengan menghalang dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas
Zinc ~ mempercepatkan proses penyembuhan luka atau jerawat
Omega 6 ~ melambatkan penuaan kulit dan merawat masalah ekzema dan dermatitis.
GLA ~ memperbaiki inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, tinea, kurap dan kulit kering.
Mana nak dapat supplement yang selamat, berkesan dan semulajadi??
SHAKLEE lah jawapannya.
Hubungi saya :
♥Rafidah Abd Mutalib♥
♥Shaklee ID : 869491♥
♥Call|SMS|Whatsapp :0136200385♥
♥Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com♥
♥ Fan Page : Vitamin Sihat Semulajadi (VSS) ♥
Wit Love,
Fyda
0 comments:
Post a Comment