RSS

29 March 2013

TIPS Untuk Cepat Hamil

Assalamualaikum..
 
Sejak akhir-akhir ni ramai yang mengadu kesukaran untuk hamil.. Kenapa boleh terjadi?? Banyak faktor yang perlu kita lihat.. Antaranya, pemakanan, persekitaran, kesihatan, usia, berat badan, stress dan beberapa faktor lagi.. 
 
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Namun begitu, kita boleh berusaha.. Mari kita lihat tip-tip untuk hamil cepat yang mungkin membolehkan anda mendapat zuriat yang diingini.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.



  • Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil. 
  • Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
  • Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
  • Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
  • Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
  • Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
  • Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
  • Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
  • Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
          ♥ Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat
            (yang terdapat pada makanan yang segera)
          ♥ Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
          ♥ Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains 
             seperti oats.                 
          ♥ Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan 
             sebagainya. 
          ♥ Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
  • Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
              ♥Memasak
              ♥Bersenam
              ♥Mendengar muzik
              ♥Membaca dan mendengar audiobooks
              ♥Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
              ♥Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
              ♥Beromantik dengan suami

  • Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Wit Love, 
Ibu Fyda.

25 March 2013

Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)


Assalamualaikum..

Anda ada mempunyai masalah selepas makan Vitamin Shaklee?? seperti pening, gatal2, muntah, kembung perut, sembelit dan macam2 masalah lagi.. Sudah beberapa orang customer saya bagi feedback begitu.. Sebab tu saya risau kalau customer saya tidak mencari saya semula lepas makan vitamin yang saya jual.. Bukan apa, saya takut mereka mengalami healing krisis dan tidak menceritakan kepada saya, akhirnya berhenti makan begitu sahaja.. RUGI sangat... Kita nak dihat perlu bekorban sedikit..


OK jom kite baca tentang healing crisis (Krisis Penyembuhan). Saya berharap semua pelanggan saya dan bakal pelanggan saya tidak takut nak cuba makan vitamin.. Harap lebih teruja lepas tahu kebaikan kalau anda hadapi healing krisis ni..

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q:   Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:   Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.





Q:   Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:   Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
      Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.         
      Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q:   Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:   Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 
      Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:    Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:    Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:    Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:    Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:    Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A:    Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari 
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan 
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya 
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
  • Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


Krisis Penyembuhan                                           Penerangan / Penyebab

♥ Sakit kepala yang melampau                             ♥ Tekanan darah tinggi, petanda 
                                                                           menyahtoksin


♥ Demam, tidak cukup rehat                                ♥ Meningkatkan metabolisma,
                                                                         ♥ merangsang fungsi imunisasi badan

♥ Cirit-birit, najis berbau, air kencing berbau        ♥ Petanda bagi menyahtoksin,
                                                                         ♥ meningkatkan pergerakan usus,  
                                                                         ♥ menghimpunkan bahan buangan dan                      
                                                                            sisa-sisa dalam usus besar   

♥ Kembung perut                                                ♥ Sistem penghadaman yang lemah

♥ Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir        ♥ Fungsi hati yang lemah, 
                                                                         ♥ usus besar yang tidak sihat dan
                                                                            sistem pembersihan

♥ Penghasilan lendir seperti selsema,                   ♥ Fungsi paru-paru yang lemah, 
   keluar kahak                                                   ♥ kahak juga adalah petanda bagi 
                                                                           menyahtoksin

♥Pendarahan Hidung                                           ♥ Mungkin petanda bagi kekurangan     
                                                                          darah

♥ Rasa sakit pada otot dan sendi                          ♥ Badan berasid, toksin terkumpul  
                                                                           dibahagian yang sakit

♥ Peningkatan rasa sakit di sebahagian                 ♥ Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

♥ Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif            ♥ Sistem saraf yang lemah

♥ Kitaran haid yang tidak menentu,                      ♥ Hormon yang tidak seimbang /      
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan                 penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

♥ Lapar, Pening                                                  ♥ Tekanan darah rendah, anaemia

♥ Loya, sembelit, tersedu                                    ♥ Sistem hadaman yang lemah, masalah 
                                                                             hati

♥ Edema (membengkak)                                      ♥ Masalah buah pinggang


<<DAH BACA? HARAP SEMUA FAHAM YER APA ITU KRISIS PENYEMBUHAN>>


Maka, Jangan takut untuk mencuba VITAMIN.. Vitamin yang bagus adalah yang semulajadi dan bukanlah sintetik..

Berminat nak cuba vitamin?

Hubungi saya:


♥ Rafidah Abd Mutalib ♥ 

♥ SID : 869491 ♥

♥ SMS.Whatsapp: 013-6200385 ♥

♥ Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com ♥


Wit Love,
Fyda


 

Makanan Untuk Kulit Sihat

Makanan cantikkan kulit

             Wanita mengalami banyak perubahan pada kulitnya seperti kekurangan penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan proses pemulihan semakin lemah akibat perubahan hormon yang bermula sejak usia baligh, kehamilan dan menopaus. Biasanya, kita menjaga kesihatan kulit secara luaran dengan penggunaan krim ataupun mengunjungi salun kecantikan untuk mencantikkan kulit.

              Tetapi, mungkin kita tidak sedar bahawa vitamin, mineral dan asid lemak perlu (EFA) yang mencukupi juga diperlukan ke arah memperoleh kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya, apa yang dimakan lebih penting berbanding penggunaan produk secara luaran bagi mengekalkan kecantikan kulit.

               Asid lemak Omega 6 daripada minyak evening primrose disarankan untuk kesihatan kulit. Kajian (oleh R.Muggli pada Ogos 2005) yang diterbitkan dalamInternational Journal of Cosmetic Science menunjukkan bahawa pengambilan tiga gram (gm) minyak evening Primrose Rigel setiap hari selama tiga bulan boleh melambatkan penuaan kulit.

Tumbuhan Rigel juga menghasilkan minyak yang mengandungi 33 peratus lebih Asid Gama Linolenik (GLA) sedangkan hanya dos yang lebih rendah diperlukan untuk pengekalan kulit sihat. Pengambilan minyak evening primrose memberi manfaat kepada kelembapan, kehilangan air, keanjalan, ketegangan, daya tahan dan kekasaran kulit.

Dengan itu, sekiranya anda inginkan pelembap dan produk rawatan diserap oleh kulit dengan lebih baik, pengambilan EFA adalah perlu. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan EFA bersama antioksida seperti vitamin A, C dan E berkesan bagi memperbaiki kesihatan dan merawat masalah kulit termasuk dermatitis dan ekzema.


Vitamin A penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit, vitamin C membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit) dan vitamin E merangsang pemulihan dan pembaikan tisu. Ia mencegah kerosakan sel dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas. Kekurangan zink boleh melambatkan proses penyembuhan luka atau jerawat. Zink bersama vitamin E pula menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit yang muda serta mungkin membantu masalah kulit yang berparut.

Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksima, pengambilan nutrien antioksida memerlukan kombinasi yang lebih menyeluruh kerana kekurangan sesetengah nutrien akan menjejaskan kulit atau anda tidak akan memperolehi kesan yang sepatutnya. Dengan itu, pengambilan kombinasi beberapa nutrien antioksida yang mengandungi beta karotena, vitamin C, E, selenium dan zink dalam satu tablet merupakan langkah pencegahan daripada kerosakan radikal bebas.

Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu. Jika tidak pasti dengan diet anda, suplemen tertentu boleh menjadi pilihan.

Sumber Utusan : 27/04/2008

Ok.. saya ringkaskan fungsi2 vitamin yang dinyatakan dalam artikel di atas.


Vitamin A ~ penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit

Vitamin C ~ membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit)

Vitamin E ~ merangsang pemulihan dan pembaikan tisu dan mencegah kerosakan sel dengan menghalang dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas

Zinc ~ mempercepatkan proses penyembuhan luka atau jerawat

Omega 6 ~ melambatkan penuaan kulit dan merawat masalah ekzema dan dermatitis.

GLA ~ memperbaiki inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, tinea, kurap dan kulit kering.

Mana nak dapat supplement yang selamat, berkesan dan semulajadi??

SHAKLEE lah jawapannya.
Hubungi saya :
♥Rafidah Abd Mutalib♥
♥Shaklee ID : 869491♥

♥Call|SMS|Whatsapp :0136200385♥
♥Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com♥
♥ Fan Page : Vitamin Sihat Semulajadi (VSS) ♥


Wit Love,
Fyda


22 March 2013

Vitamin Kesuburan


Bissmillah hir rahman nir rahim...

Assalamualaikum ..


Sejak beberapa hari ni, ramai kawan2 yang bertanya tentang macam mana nak dapat baby..

"saya kepingin ada anak, dah kawin beberapa tahun tapi masih belum dikurniakan anak".

"Apa yang perlu saya buat, dah byk usaha saya lakukan cume belum pernah mencuba makan vitamin jer"

Shaklee ada ke??? YES.. Shaklee ada set Kesuburan..


Mereka telah berusaha pelbagai cara, namun masih belum berhasil.. Sebab tu mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencuba VITAMIN SHAKLEE.. Kenapa Shaklee?? Sebab SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.


JOM Kite tengok sikit ape yang ada dalam Set Kesuburan ini..



Kita baca pula semua fungsi vitamin-vitamin tersebut..

GLA (gamma linolenic acid)
~~~~~~~~~~~~~~~~

>> Membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut.
>> Membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan ketika haid kerana GLA membentuk prostaglandin.
>> Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang BERKUALITI untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.



VITAMIN E

Tahukah anda, Vitamin E mampu meningkatkan kemampuan reproduktif??

♥ Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600iu – 800iu vitamin E sehari mampu MENINGKATKAN KIRAAN SPERMA mereka.

♥ Vitamin E juga dikatakan mampu meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yg lebih.

♥ Keunikan vitamin E Shaklee : Mengandungi 10mg selenium. Selenium semulajadi membantu tubuh kita untuk menyerap vitamin E dgn lebih baik.


ZINC COMPLEX
~~~~~~~~~

Kepentingan ZINC dalam kesuburan
Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan MENINGGIKAN KANDUNGAN SPERMA.

♥Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dlm organ seks lelaki.

Kekurangan Zinc boleh menyebabkan:
>> Organ seks lambat matang
>> Bilangan sperma yang sedikit
>> Kemerosotan fungsi seksual

Zinc juga PENTING untuk OVULASI wanita:
♥ Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

Anda berminat.. 



Hubungi : 
♥ Rafidah Abd Mutalib♥

♥ Shaklee Independent Distributor
869491♥
♥ SMS/Whatsapp :0136200385♥
♥ Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com♥

08 March 2013

Isteri Cantik dan Bahagia




Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,

♥ baca Al-Fatihah 1 kali, 

♥ Ayatul Qursi 1 kali,
♥Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

10 TIPS Mengajar Bayi



Assalamualaikum......

Bagaimana anda berkomunikasi dengan bayi anda? Ramai ibu bapa diluar sana yang salah teknik mengajar si cilik mereka.. Jom kite baca bagaimana untuk mengajar bayi cilik anda..






Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.


1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.


2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.


3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.


4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.


5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.


6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.


7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 


8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.


9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.


10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.


Sumber: Pa&Ma Disember 2011