RSS

18 December 2013

Tips menjaga Buah Pinggang

Assalamualaikum..

Hari ni rasa nk kongsi tentang penjagaan buah pinggang sebabnya hari tu duk semak2 dokumen bantuan hemodialisis... Nak menangis tgk ramai sangat rakyat malaysia ni yang kerosakan buah pinggang.. pastu sebulan mesti kene cuci 12-14 kali.. Kos sebulan lbh kurang RM2000++.. Lagipun sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi.. Dengan nak menampung kehidupan seharian, pulak tu sakit kene tanggung kos perubatan.. Jadi kita lah yang kene bertindak menjaga kesihatan sendiri.. Jom baca tips dibawah.. semoga bermanfaat buat semua.. 

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


Semoga bermanfaat buat semua

05 November 2013

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Hari ni sudah mula tahun baru hijrah.. Semoga amalan yang lebih baik untuk tahun ini..
Semoga hidup kita lebih baik dan diredhai sepanjang tahun ini..

Bagi mereka yang x sempat nk berubah tahun lepas.. Semoga anda sempat berhijrah tahun ini dan jangan lah ditangguhkan penghijrahan itu kerana anda sendri yang akan rugi.. Alhamdulillah pada Maal Hijrah 1434 saya telah berhijrah dari segi penampilan.. Semoga tahun ini lebih byk penghijrahan yang dapat saya lakukan..

Salam Maal Hijrah Semua..


29 October 2013

Kanapa Perlu Minum Air Kosong???



9 Sebab untuk Minum



1. Penurunan berat badan. 
Air adalah medium terbaik untuk menurunkan berat badan, pertama sekali kerana ia sering menggantikan minuman berkalori tinggi seperti soda dan jus dan alkohol dengan minuman yang tidak mempunyai sebarang kalori.Kerapkali apabila kita fikir kita lapar, kita sebenarnya hanya dahaga. Air mempunyai lemak tidak, tiada kalori, tiada karbohidrat, gula tidak. Minum banyak untuk membantu regimen berat badan anda.

2. Jantung yang sihat. 
Meminum jumlah air yang baik dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Satu kajian enam tahun yang diterbitkan di Mei 1, 2002 American Journal Epidemiologi mendapati bahawa orang-orang yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang kemungkinan untuk mati akibat serangan jantung.

3. Tenaga.
Apabila dehidrasi, anda berasa letih - walaupun dehidrasi yang ringan sekecil 1 atau 2 peratus daripada berat badan anda. Jika anda dahaga, anda sudah berada dehidrasi - dan ini boleh membawa kepada keletihan, kelemahan otot, pening dan gejala-gejala lain.

4. Penawar sakit kepala. 
Satu lagi gejala dehidrasi ialah sakit kepala. Malah, sering kali apabila kita mempunyai sakit kepala ia hanya satu perkara yang tidak minum air yang mencukupi.

5. Kulit yang sihat
Tabiat meminum air yang cukup secara konsisten akan menjadikan kulit berseri. Ia mengambil masa yang yang lama, bukan semalaman ya 

6. Masalah penghadaman
Sistem penghadaman kita memerlukan jumlah air yang baik untuk mencerna makanan dengan betul. Amaun air yang cukup boleh membantu mengubati masalah asid perut, dan air bersama-sama dengan serat boleh menyembuhkan sembelit (selalunya disebabkan oleh dehidrasi).

7. Detoksifikasi
Air yang digunakan oleh badan untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan.

8. Risiko kanser
Berkaitan dengan sistem pencernaan di atas, meminum air dengan jumlah yang mencukupi juga didapati mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%. Banyak minum air juga boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50% dan berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara.

9. Senaman yang lebih baik
Dehidrasi teruk boleh menjejaskan aktiviti olahraga anda, melemahkan anda dan lebih sukar untuk mengangkat berat. Senaman memerlukan air tambahan, jadi pastikan untuk hidrasikan diri sebelum, semasa dan selepas bersenam.


Jangan lupa minum air kosong yeh.. kalau kurang minum air anda berpotensi untuk mendapat kencing manis dan juga kerosakan buah pinggang..




Cantik dan Sihat dengan Shaklee Collegen Powder

Assalamualaikum 

Pernah dengar x Shaklee Collegen Powder??
Bagi yang x pernah dengar atau mencuba.. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda apa itu SCP dan ape kelebihan SCP ni sampai mendapat sambutan yang begitu luar biasa..


Apa keistimewaan Shaklee Collegen Powder ??

Ia adalah suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah yang tahan tekanan :)

7 Bahan Utamanya yang diadun dalam serbuk kolagen ni terdiri daripada
  • Ekstrak biji benih Camellia,
  • Japonica,
  • ekstrak Pfaffia,
  • kolagen ikan,
  • ekstrak kerang-kerangan,
  • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B




PENYERAPAN YANG TINGGI

Bukan kolagen ikan semata.. jadi hasilnya lebih baik dan keberkesanannya lebih ketara.selain dari itu, kolagen daripada shaklee yang berbeza dengan produk kolagen lain dipasaran dari segi
  • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton*
  • mudah diserap oleh badan
  • membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
  • gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.



Kesan dan Faedah mengambil Kolagen


  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. membantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut.

Ujian klinikal yang dijalankan oleh shaklee membuktikan bahawa, serbuk kolagen berupaya untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


TERBUKTI BERKESAN!
 
Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama
 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.
Shaklee Independent Distributor : 869491
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 

24 October 2013

Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah resdung?

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.

Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS ?

(RESDUNG)
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS : Sumbat hidung. Lender dari hidung dan tekak Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata, Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan Gejala alahan hidung seperti bersin ,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG) : Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata jangkitan otak Sakit tekak yang kronik Jangkitan tulang muka Menerukkan keadaan lelah Berdengkur secara kronik Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil Alahan hidung Selsema biasa yang melarat.




Resdung, adalah di antara penyakit paling susah untuk di atasi. Kemungkinan anda telah mencuba pelbagai produk dan mendapati ianya hanya membantu meringankan mahupun mengatasinya buat seketika. BUKAN membunuhnya! Di sinilah menjadi kekesalan serta kekecewaan kepada kebanyakkan penderita resdung. Kebanyakkan ubat, pill, produk yang dijual di luar sana hanya memberi kesan sementara.





Kuman hama yang ditunjukkan adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic). Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin.

Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya. Oleh itu, elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk.

Juga diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'.

Tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk.


Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.
‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia.

Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:

  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
  • Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar.
    Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

Sedikit sebanyak info tentang resdung..


Apa produk Shaklee yang mampu menangani masalah Resdung ni?


Vitamin C ♦ Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex  ♦  Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon dan dapat mengaktifkan sel2 yang pasif dalam badan.

Alfalfa ♦ Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

Nutriferon ♦ mengukuhkan sistem imun, merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi membunuh T-cells, B-cells & Makrofag.
♦ Berkesan melindungi dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Garlic (antibiotic semulajadi) ♦ mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit, selesema, kulat, kuman virus dan yis candida dan menghalang alergik, hidung sensitif, sinus, alergi, athma,selesema, resdung hepatitis.   

Kuman, kulat, virus dan pelbagai punca penyakit sentiasa berada di mana-mana.. Kerana mereka kecil, kita tidak tahu akan kehadiran mereka sehingga penyakit bertandang. 

Melalui pencegahan dengan makan makanan tambahan, anda mampu mengubah kehidupan anda yang lebih berkualiti..

Perlu ke ambil semua produk seperti di atas???
Owh tidak,  Tidak semestinya perlu ambil semua.. anda boleh hubungi saya untuk dapatkan yang terbaik buat anda mengikut bajet anda.. Saya akan bantu anda..

berminat nak cuba  Set Resdung atau produk shaklee ini boleh hubungi saya seperti di bawah :

Shaklee Independent Distributor : 869491

✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 


23 October 2013

Vitamin C Sustained Release Shaklee telah Kembali


Vitamin C Sustained Release Shaklee telah Kembali...


Setelah menunggu setahun, baru hari ni dapat distribute kepada pengguna yang amat menantikan kehadiran Vita C ni..





Sesiapa yang masih tidak mengetahui apa kelebihan Vita C Shaklee ni meh baca info dibawah..

Apakah sustained release?
Bertindak unik untuk melepaskan dos yang diperlukan oleh badan, 100mg setiap satu jam.

Apakah bioflavonoid?
sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

Bioflavonoid sangat diperlukan untuk penyerapan vitamin C, jadi mesti diambil bersama2. Tubuh manusia tidak menghasilkan Bioflavonoid sehingga harus diambil melalui makanan tambahan.

Menurut kajian pengambilan vitamin c secara konsisten, membantu memberikan kesihatan fizikal sehingga berumur 94 tahun.

Kenapa perlu vitamin c?

Meningkatkan sistem imun
- Bina sel darah merah untuk penyerapan zat besi dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. mengurangkan gejala sinus, alergik kulit atau asthma.

Membentuk kolagen
- Menjaga keanjalan kulit, mengelak kulit kendur dan otot menjadi tegang

Memperbaiki simptom pendarahan
- Gusi berdarah, lebam di kulit atau luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin c

Memerangi kanser
- Kuasa antioksida yang terdapat dalam formula bioflavonoid mampu melawan sel-sel kanser dan menyingkir kimia merbahaya dari badan

Kulit cantik
- Mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menghalang pigmen dari terbentuk, pigmen adalah penyebab utama kepada jeragat

Mengurangkan insomnia
- Membantu mengurangkan masalah mental seperti keresahan

Mengekalkan kolestrol sihat
- Mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, elak hidung berdarah dll.

----------------------------------------------------------------------------

Vitamin C 500MG shaklee adalah salah satu vitamin keluaran shaklee yang unik. Vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.

Dengan harga yang lebih murah berbanding dengan vitamin c yang berada di pasaran menjadikan Shaklee Vitamin C Sustained Release adalah pilihan yang bijak. 


Beli Sebotol dengan harga RM92.50.. tahan sehingga 6 bulan lamanya..
Nak cantik gabungkan dengan Vitamin E yang marveles.. pasti kulit anda cerah gebu dan sihat...

berminat nak cuba  Vitamin C Sustained Release ni boleh hubungi saya seperti di bawah :


Shaklee Independent Distributor : 869491


✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 



21 October 2013

Cream Ajaib Penyelamat Ruam di Muka

Assalamualaikum...

KRIM AJAIB oh KRIM AJAIB


Dah lama nak share tentang Krim Ajaib Shaklee ni Herbal Blend Multi-purpose Cream.. Apa yang menarik dengan cream ni adalah, krim ni telah membantu masalah ruam dimuka saya yang kerap kali timbul bile tersalah pakai produk kecantikan atau terkena habuk yang banyak..Selain tu, saya sapu krim ni anu anak saya mengalami ruam lampin.. Lepas sapu insyaAllah tukar lampin selepas itu, hilang merah2 nya..

Ok pengalaman saya pakai krim ni.. Meh tengok gambar yang saya nak kongsikan dibawah..
Lepas seminggu menggunakan krim ni, ruam dimuka semakin hilang dan kulit semakin pulih.. Dalam masa yang sama krim ni dapat membentukkan pipi saya yang bulat menjadi bujur skit..





Antara kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:

► Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
► Menyelesaikan masalah kulit gatal
► Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
► Menghilangkan ruam pada bayi
► Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
► Sebagai losyen untuk kegunaan harian


berminat nak cuba krim ajaib ni boleh hubungi saya seperti di bawah :✍ PM: http://www.facebook.com/messages/naturalhealtyvita
✐ Blog: http://vitaminsihatsemulajadi.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 


setiap hasil terhadap individu berbeza2.. 

Tanda-tanda Sakit Yang Perlu Anda Tahu


Tanda-Tanda Sakit Di Badan, Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam
semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu.
Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di
bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang
terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh
mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan
rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat
lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap
saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint
yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
   i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
   ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
   i) Sistem penghadaman yang lemah.
   ii) Perut mengandungi angin.
   ii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
   i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
   ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
   iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

a. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan
saraf otak.

b. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
    i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
   ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

e. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
   i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
   ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
   i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
   ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
   i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
   ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
   iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
   iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

10 September 2013

Tips Kekal Cantik


Assalamualaikum, 

Hari ni nak kongsikan amalan yang boleh kita lakukan untuk cari berseri2.. 
Jom baca dibawah..


Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak

·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Semoga bermanfaat buat semua..

Credit

31 July 2013

Isu Hangat: Halal Shaklee Diragui

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan update web hari ni.. 

Hari ni di grup kami menjadi hangat + hangit mengenai status halal produk Shaklee.. 
Ramai jugak masih x mengetahui tentang Status halal Produk Shaklee..

"Kata shaklee Halal tapi kenapa kat botol xde stiker halal?"
" Mana Sijil Halal Shaklee"
"kenapa Shaklee tak da Sijil Halal JAKIM"

Amboi bagus betul soalan yang diberikan tu..

Meh sini nak kasi tau org2 kat luar sana.. sesape yang masih x mengetahui status nya..


"Shaklee di yakini HALAL. Sijil HALAL dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam US (ISA) dan ada sijil terbaru 2013.
Dekat botol takde logo halal sebab sijil dah dikeluarkan. So dalam sijil dah list down all the product with HALAL CERTIFICATION."

Lagi satu isu yang berbangkit nape takde logo HALAL JAKIM.

"JAKIM hanya keluarkan sijil/logo HALAL untuk produk yang dihasilkan di dalam MALAYSIA sahaja. Untuk keluarkan sijil/logo HALAL tu pihak JAKIM perlu pegi ke premis2 yang keluarkan produk tersebut. Ada bnyk lagi premis yang mintak di sahkan HALAL kat MALAYSIA ni masih dalam queue. Adakah JAKIM akan ke US untuk menentukan sah HALAL produk SHAKLEE? So kite serahkan kepada badan berwajib di sana untuk mengeluarkan sijil HALAL ni. Diorang pun sangat particular bab HALAL. Once dah kata HALAL tapi in case tak HALAL, company pengeluar boleh di saman juta2 dolar tau.. Shaklee sendiri apply HALAL ni in group.. tu sebab keluar sijil. Kalau kita tgk produk2 lain yang dijual kat farmasi pun takde cop HALAL."


klik gambar untuk paparan lebih jelas

Lagi yang perlu anda Tahu...

 Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.


Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.


ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.


Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.



Itu je lah yang dapat saya share kan tentang masalah isu HALAL ni. Memang pernah di bangkitkan banyak kali. Harap dapat membantu kawan-kawan semua... 

Maka kesimpulan disini.. Produk Shaklee HALAL.. boleh makan dengan tenang dan tanpa ragu2 lagi..


Berminat produk Shaklee??
Hubungi 

Rafidah Abd Mutalib
Pengedar Shaklee : Selayang, Batu Caves, Gombak, Rawang dan KL (utk COD)
Email : vitaminsihatsemulajadi@gmail.com
Sms/Whatsapp : 013-6200385
Page : Vitamin Sihat Semulajadi