RSS

25 August 2015

CARA PANASKAN SUSU IBU, SUSU TAK ROSAK


CARA PANASKAN SUSU IBU, SUSU TAK ROSAK


Panaskan susu ibu dengan baik, dapat elakkan susu ibu dari tercemar, rosak atau hilang nutrisi dan enzim. Ada beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Pilihan bergantung pada poket ibu ayah, keadaan di tempat jagaan anak-anak dan beberapa faktor lain.

Cara Pertama: Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)
  • Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke peti sejuk. Cairkan susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan. Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.

Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:
  • Deep Freezer: 6-12 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu
  • Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
  • Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya. 
  • Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR

cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

Cara Kedua: Teknik Air Mengalir
  • Letakkan susu ibu beku di bawah tap air yang sejuk. Suhu air perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas, berkemungkinan akan merosakkan enzim-enzim penting di dalam susu ibu. Goyangkan bekas susu ibu yang telah cair, untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.
  • Perlahan-lahan naikan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah suhu dari sejuk ke suhu bilik, kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak. 

Nota 1: Berhenti panaskan susu ibu, jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas, boleh menjadi sebab mulut bayi akan melecur.
Nota 2: Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit fussy, panaskanlah susu pada suhu bilik.
  • Jika menggunakan Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk). Tak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu.
  • Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.
cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK

Cara Ketiga: Rendamkan Dalam Air Suam
  • Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap. Sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih. 

AMARAN: JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API
  • Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh teruspanaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.
  • Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.
cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu
Cara Keempat: Guna Warmer (Pemanas)
  • Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.
  • Ada 2 jenis warmer, yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu (yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.
  • Bunyi atau lampu akan menyala jika proses panaskan susu ibu telah selesai.
Apa pun cara yang dipilih, mestilah memberi kemudahan kepada pengasuh anak kita. Jika pengasuh baru pertama kali kendalikan perahan susu ibu. Kongsi maklumat dengannya. Antara cara yang boleh diguna, printkan cara-cara pengendalian susu ibu. Lebih baik beserta gambar, supaya mudah paham.

Sesekali buatlah spot check. Tanyakan cara pengasuh memberi susu pada anak kita. Bukan apa, hanya untuk memastikan anak kita mendapat susu ibu yang masih ada 'nilai'.

credit 

15 July 2015

Osteoporosis Bahaya..


Penyakit Osteoporosis atau Rapuh Tulang

Penyakit Osteoporosis atau rapuh tulang ialah suatu keadaan dimana ketumpatan dan kekuatan tulang berkurangan dan menyebabkan tulang menjadi mudah patah atau reput. Osteoporosis membawa kepada tulang poros yang tidak normal yang dapat ditekan atau dimampatkan seperti span. Keadaan ini yang membawa kepada kerapuhan tulang. Osteopenia ialah keadaan dimana tulang kurang tumpat berbanding tulang yang normal tetapi tidak mencapai tahap osteoporosis.

Tulang normal terdiri daripada protein, collagen dan kalsium yang mana memberi kekuatan kepada tulang. Tulang yang telah dijangkiti osteoporosis akan mudah patah walaupun pada kecederaan kecil yang lazimnya tidak akan mengakibatkan kepatahan. Tulang belakang, tulang rusuk, tulang punggung, dan tulang pinggang merupakan tempat yang biasa mengalami retakan atau patah akibat osteoporosis.

Penyebabnya?
Penyebab yang membawa kepada masalah ini ialah penurunan kadar estrogen dalam diri wanita semasa menopause dan penurunan testosterone pada lelaki. Wanita berumur 50 dan lelaki berumur 70 tahun mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat penyakit osteoporosis ini.


SIMPTOM
Penyakit osteoporosis tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Simptom ini hanya mampu dikesan pada peringkat akhir penyakit iaitu:
♥ Kesakitan pada tulang
♥ Retakan dengan sedikit atau tiada trauma.
♥ Hilang ketinggian ( sebanyak 6 inci).
♥ Sakit pada bahagian bawah belakang.
♥ Sakit leher/tengkok.

RAWATAN

Matlamat untuk rawatan penyakit osteoporosis ini ialah untuk:

♥ Mengawal kesakitan
♥ Memperlahan atau memberhentikan kehilangan tulang (bone loss)
♥ Mencegah retakan tulang dengan ubat menguatkan tulang.
♥ Meminimumkan risiko untuk jatuh yang boleh menyebabkan retakan tulang.

Rawatan untuk penyakit osteoporosis ini boleh terbahagi kepada perubahan cara hidup dan kepelbagaian ubatan. Ubat-ubatan digunakan untuk menguatkan tulang.
  • BISPHOSPHONATES -  Bisphosphonates ialah ubat utama yang digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis    dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.
  • CALCITONIN - Calcitonin ialah ubat yang memperlahankan kadar kehilangan tulang dan melegakan kesakitan tulang. Calcitonin kurang efektif berbanding bisphosphonates.
  • RALOXIFENE -   Raloxifene (Evista) digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis. Ia serupa dengan ubat bagi kanser payudara tamoxifen. Raloxifene boleh mengurangkan retakan tulang belakang sebanyak 50%. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu untuk mencegah retakan tulang yang lain. Kesan samping yang paling serius bagi pengambilan raloxifene ini ialah risiko darah tersumbat pada bahagian saraf kaki atau dalam paru-paru.

Selain itu, cara hidup dan pemakanan juga perlu dijaga dari sekarang supaya tidak memudaratkan ketika hari tua..

SENAMAN 
Elakkan senaman yang boleh mengakibatkan terjatuh atau impak yang kuat yang boleh menyebabkan keretakan tulang.

DIET
Dapatkan sekurang-kurangnya 1 200 miligram kalsium setiap hari dan 800 – 1 000 vitamin D3. Vitamin D membantu badan kita menyerap kalsium.
Makanan yang tinggi kalsium antaranya ialah:
  • Keju
  • Ais-krim
  • Sayuran hijau
  • Susu rendah lemak
  • Ikan salmon
  • Ikan sardin bersama tulangnya.
  • Tauhu
  • YogurtTinggalkan tabiat tidak sihat seperti merokok atau minum minuman keras.


BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KALSIUM DAN VITAMIN D DENGAN MUDAH???

Untuk makan kesemua makanan yang mempunyai kalsium dan vitamin D amatlah banyak dan tidak semua makanan tersebut akan diserap sepenuhnya oleh tubuh.. Kerana itu, anda perlu mengambil pil kalsium yang semulajadi, selamat dan berkesan..




Perbezaan Kalsium Shaklee (Ostematrix) dengan Pil Kalsium lain


Vitamin D adalah vitamin yang larut lemak. Ia diperolehi daripada cahaya matahari ataupun melalui pemakanan. Gabungan vitamin D bersama kalsium dan fosforus untuk memastikan tulang dan gigi sihat dan kuat.

Manakala magnesium dikenali sebagai mineral anti-tekanan (antistress). Magnesium sangat diperlukan untuk memastikan otot dan saraf berfungsi dengan baik. Dewasa memerlukan setiap hari dalam 250-500 mg. untuk wanita mengandung dan menyusu diperlukan 300-355 mg berdasarkan National Research Council.

Apakah kaitan antara ketiga-tiga vitamin dan mineral di atas iaitu Kalsium, Vitamin D dan Magnesium???

Untuk mendapatkan vitamin kalsium yang optimum dalam badan memerlukan vitamin D untuk penyerapan pada gigi dan tulang. Dan untuk memastikan tulang ‘melekat’ dengan baik antara satu sama memerlukan magnesium. So kombinasi kalsium, vitamin D dengan magnesium sangat diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi mendapat nutrient sepatutnya.

Dalam Shaklee gabungan ketiga-tiga jenis vitamin dan mineral tersebut adalah dalam OSTEMATRIX. 


JANGAN BIAR KAN HARI TUA ANDA DIHINGGAPI PENYAKIT KERAPUHAN TULANG INI..
JOM UBAH CARA PEMAKANAN KITA...

Bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix ini???

✐ Blog: http://www.amazingmomma.blogspot.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL..

Cara Cairkan Susu Ibu Yang Sejuk dan Beku

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca.. Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku..


Cara cairkan susu EBM beku


Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
2) Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
3) Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
4) Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda


Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

1) Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
2) Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.


**TIPS PENTING**

1) Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
2) Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3) Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4) Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5) Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6) Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.




TIDAK BOLEH:

1) TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
2) TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3) TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.



Selamat mencuba..
Happy breastfeeding mommies semua...

14 July 2015

Perbezaan B Complex Shaklee dan Asid Folik


Beza asid folik dan Vitamin B Complex Shaklee.


Jom baca!! fungsi kedua-dua jenis vitamin ini. Untuk pengetahuan, Asid Folik dan Vitamin B Complex adalah dua jenis vitamin yang berbeza dan menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu hamil khususnya mengamalkan pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini.

♡ Fakta mengenai Asid Folik :

Asid Folik atau Folate adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).

Kesan Keatas Bayi bila kekurangan B9 (Asid Folik)

Kesan Keatas Bayi bila kekurangan B9 (Asid Folik)




Peringatan : Asid Folik amat penting untuk wanita yang merancang kehamilan. Ia adalah seperti menyediakan rahim kita dengan nutrient yang secukupnya bagi menerima sel telur. Fasa ini adalah amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang wanita itu untuk hamil atau tidak kerana rahim yang kuat akan dapat menerima proses seterusnya manakala rahim yang lemah kerana kekurangan nutrient akan menolak proses selanjutnya mengakibatkan keguguran berlaku. Untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan dan merancang untuk hamil sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Asid Folik. Highly recommended.





♡ Fakta mengenai Vitamin B Complex

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.

♡♡ Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex SHAKLEE

Baiklah untuk ibu mengandung pula, kebiasaannya ibu-ibu mengandung diberikan vitamin B-Complex & Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
B1 – Thiamin
B2 – Riboflavin
B3 – Niacin
B5 – Panthothenic Acid
B6 – Pyridoxine
B7 – Biotin
B9 – Folic Acid
B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :
B1 – Thiamin,
B2 – Riboflavin &
B3 – Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B dari Klinik Kerajaan & Asid Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.
Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B  ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’. Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.


Shaklee Independent Distributor : 869491
✍ PM: Amazing Momma
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 


Kanser Payudara Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum semua..

Hari ni Fy nk kongsikan tentang Kanser Payu Dara (Pembunuh No.1 Wanita) yang perlu kita semua tahu.. 
Dapat info tu kat blog ni.. 

Jom kita  baca dan tambah ilmu..








Bersangka-baiklah dengan Pencipta kita. Kita di uji kerana Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu di dugaNya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [ Al-Baqarah: 286]

Memahami Kanser Payudara

Definisi: sejenis tumor yang menular dengan ganas dan mengancam nyawa dan berkembang di dalam tisu payudara. Jika tidak dirawat segera is boleh merebak ke nodus limfa yang terletak di bawah ketiak dan seterusnya di bahagian-bahagian lain seperti tulang, paru-paru, otak dll.

Pertumbuhan tumor mungkin membentuk di dalam kalenjar susu, saluran susu, tisu-tisu lemak ataupun tisu-tisu penyambung. Penyebab atau perangsang kanser payudara mempunyai kaitan dengan berapa lama seseorang wanita itu terdedah kepada estrogen. Apabila sel-sel membahagi berlaku sedikit kesilapan besar, berlakulah “mutasi” dan inilah yang boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, lebih banyak estrogen, lebih banyak pembahagian sel, maka lebih banyak kemungkinan berlakunya kesilapan dan ini membawa kepada sel-sel menjadi barah.


Satu lagi berkemungkinan menjadi penyebab kanser payudara ialah kerosakan oksidan (radikal bebas) yang menimpai sel-sel duktus. Zarah-zarah oksidan boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kesilapan kasar semasa pembahagian sel, dengan itu akan menyebabkan sel mejadi barah. Sel-sel payudara yang membarah mempunyai paras reaksi oksidan yang tinggi.

Gejala-gejala kanser:
1.Rasa sakit-sakit dalam payudara. Tidak terhad kepada pra-haid sahaja.
2. Gumpalan di bawah ketiak
3. Bengkak yang tidak mahu sembuh
4. Berat badan menurun
5. Ketidakselesaan di sebelah payudara
6. Pembesaran di sebelah payudara sahaja
7. Puting tertarik kedalam
8. Perubahan pada saiz
9. Lelehan daripada puting seperti darah tanpa perlu memicit keluar
10. Perubahan pada rasa dan bentuk fizikal aerola atau puting.


Bukan semua ketulan adalah kanser (80% ketulan adalah tidak berbahaya)

1. Sista (risa lendir): Ia merupakan pundi-pundi yang di penuhi oleh cecair dan dikelilingi oleh tisu-tisu bergentian. Ia jarang sekali bahaya kepada diri.

2. Tisu bergentian: Gumpalan tidak berasa sakit dan tidak mudah digerakkan. Ia berlaku sebaik sahaja sebelum datang haid dan pada wanita yang sedang menjalankan HRT. Para doktor menganggapnya sebagai ketulan biasa dan merujuknya sebagai perubahan fibrosista.

3. Fibroadenomas: Ini merupakan ketulan-ketulan berbentuk bundar dan pejal yang terjadi pada tisu-tisu bergentian dan berkelenjar. Ia cenderung tumbuh terutama sekali semasa wanita itu mengandung dan penyusuan bayi. Walaupun ketulan ini tidak berbahaya, pembuangannya secara pembedahan seringkali di syorkan.

4. Papiloma Intraduktus: Merupakan satu gumpalan kecil seperti ketuatyang tumbuh di dalam saluran payudara. Tidak berbahaya dan seringkali tidak dapat di rasai.

5. Nekrosis Lemak: Apabila sel-sel lemak di musnahkan, ketulan mungkin terbentuk. Bentuknya tidak seragam. Tanda-tanda lain mungkin rasa sakit atau kelembutan dan bengkak-bengkak timbul pada nodus limfa.

6. Mastisis: Suatu pembarahan yang sangat sakit dalam payudara yang disebabkan oleh jangkitan dan seringkali terjadi kepada wanita yang sedang menyusukan bayi mereka. Jika berlaku mastisis, payudara akan mungkin menjadi lebih licin dan membengkak, malah akan mengalami demam-demam.

7. Mastalgia: Sakit payudara. Kejadian mungkin di sebabkan oleh perubahan hormon. Perubahan fibrososta pada kedua-dua payudara merupakan penyebab paling biasa kesakitan payudara khususnya bagi wanita muda.

8. Lelehan puting: sesetengah keadaan payu dara yang tidak berbahaya. Rembesan daripada puting seseorang wanita dewasa bukan sesuatu yang luarbiasa. Namun demikian lebih baik melakukan diagnosis.


Siapkah yang berisiko tinggi?

1. Melahirkan anak di usia 30an atau lebih
2. Mengamalkan pil-pil perancang kehamilan (50% lebih tinggi)
3. Lambat menopause (melebihi 55 tahun) atau kedatangan haid terlalu awal (sebelum usia 12 tahun)
4. Terapi hormon estrogen
5. Tidak pernah menyusu anak
6. Sejarah keluarga – faktor genetik
7. Tidak pernah melahirkan anak
8. Sejarah mempunyai ketulan payudara (eg. sis)
9. Pengambilan alkohol yang banyak
10. Kegemukan

Makanan yang perlu di elakkan dengan tegas:

1. Kulit ayam dan itik yang telah disuntik hormon atau antibiotik.
2. Produk-produk tenusu yang tinggi dengan kandungan lemak. Terutamanya produk tenusu yang di hasilkan oleh lembu-lembu yang di beri suntikan hormon.
3. Makanan yang hangus setelah di panggang atau di bakar atau di goreng dengan suhu yang tinggi. Memasaklah dengan cara selain daripada di panggang atau di goreng eg. merebus dan mengukus.
4. Organ dalaman binatang eg: hati, ginjal, otak dll.
5. Sebarang jenis daging yang di proses eg: sosej, nugget.
6. Pemakanan daging merah eg: lembu, kambing dll
7. Kulat-kulat yang tumbuh kepada kekacang. eg: tempe,
8. Makanan yang di awet dengan garam, cuka dan lain-lain. Eg: cencaluk, belacan dll
9. Kurangkan pengambilan garam, MSG, kicap soya, minyak masak dan marjerin
10. Kurangkan asid lemak trans.
11. Elakkan sebarang makanan manis. Sel-sel kanser gemarkan gula.

Makanan-makanan yang boleh menentang kanser:

1. Sulforaphane terdapat pada brokoli, kobis brussels, kobis bunga, bak choy dl

2. Karotenoid ialah keluarga tumbuhan yang terdiri daripada 600 jenis yang mewujudkan warna-warna merah, oren dan kuning dalam beberapa jenis sayuran dan buah-buahan. Di antara jenis-jenisnya ialah beta karotena, alfa karotena, likopena, lutein dan zeaxanthin. Ini semua adalah kumpulan antioksidan yang tinggi dan berkuasa.

3. Flavonoid ialah pigmen-pigmen tumbuhan yang memberi warna-warna pelangi. Dipercayai boleh melindungi hepar, meningkatkan keimunan dan merencatkan enzim-enzim yang menumbuhkan kanser. Antioksidan yang penting dalm pemakanan ialah daripada kumpulan vitamin A, C, E, Selenium, glutation, peroksidase dan superoksida dismutase (SOD)

4. Bawang Putih (sulfur) & Bawang Merah (allium vegetables) ialah bahan-bahan yang mencetuskan enzim yang bertindak meruhakan karsinogen daripada badan. Juga mengandungi saponin yang mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan merangsangkan pengeluaran sel-sel darah putih dan mendorong apoptosis.

5. Kulat pula dari jenis shitake, reishi dan maitake yang mengandungi polisakarida. Kajian menunjukkan ia merangsang fungsi imun dan juga menyekat pertumbuhan tumor.

6. Omega 3 yang banyak terdapat daripada ikan air sejuk perlu dimakan sekurang-kurangnya 3 hidangan seminggu seperti ikan salmon, ikan tuna (ikan segar. bukan yang di dalam tin!), tenggiri, halibut, kod dan sardin (ikan segar. bukan yang di dalam tin!). Kajian mendapati (kajian di Finland) wanita penghidap penyakit kanser payudara mempunyai paras EPA dan DHA (2 jenis asid lemak omega 3) pada paras yang rendah di dalam tisu-tisu payudara mereka. 


7. Sebatian yang bioaktif di dalam biji-bijian, kacang dan legum. Ia mengandungi banyak bahan antioksidan dan fitoestrogen yang membantu menentang kanser payudara. Pilihan hendaklah daripada yang segar dan lebih hampir kepada keadaan semulajadinya. Bukan yang telah siproses.

8. Tingkatkan serat dalam makanan kerana gentian daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin asli boleh menghalang metabolisme estrogen dalam badan dan mengurangkan paras estrogen dalam darah.

9. Spirulina pula banyak mengandungi nutrein organik termasuk antioksidan, vitamin, mineral, enzim, GLA, asid-asid amino, fitonutrein dan klorofil. Ia mengandungi 60% protein yang senang di hadamkan tanpa natrium, lemak-lemak tepu dan kolesterol. Para saintis dari Pusat Kanser dan Penyakit Kordiovaskular Osaka telah mengesahkan sesiapa yang mengambil pati spirulina boleh mendatangkan kesan positif terhadap pengeluaran sel-sel imun dalam badan yang sedang menentang sel kanser. Kajian mereka telah di terbitkan dalam Journal International Immunopharmacology Vol.2, No 4.

Perubahan Gaya Hidup

1. Alkohol-alkohol meningkatkan peningkatan hormon estrogen.
2. Senaman menambahkan sistem imun di dalam badan.
3. Menyusu badan kepada bayi anda selama yang boleh (islam menggalakkan sehingga berusia 2 tahun). Sekurang-kurangnya 4 bulan.
4. Kuruskan badan. Dapatkan berat badan ideal. Lemak yang terkumpul di bahagian perut merupakan sumber utama estrogen.
5. Kekalkan kelembutan payudara dengan merenjis air keatasnya setiap pagi (mandi pagi).
6. Kurangkan pendedahan kepada karsinogen seperti sinaran, kosmetik yang sarat dengan kimia, flourida dan lain-lain.
7. Amalkan gaya hidup yang bebas tekanan, sentiasa ceria dan dekatkan diri dengan Tuhan ( Allah SWT). Jangan memikul banyak beban emosi.
8. Jauhi asap rokok dan jangan menghisap rokok.

Pemeringkatan Kanser Payudara

Peringkat 1. Saiz tumor: 2 cm atau kurang dan terhad kepada payudara. Kadar keselamatan selama 5 tahun: 80%

Peringkat 2. Saiz tumor: 2cm-5cmdan mungkin atau tidak mungkin melibatkan nodus limfa. Kadar Keselamatan selama 5 tahun: 50-75%

Peringkat 3. Saiz tumor: Lebih daripada 5 cm. Kadar Keselamatan selama 5 tahun: 30-40%

Peringkat 4. Saiz tumor. Paling serius. Kanser telah menular ke tapak-tapak yang lebih jauh seperti nodus limfa di leher, paru-paru, hepar atau tulang-temulang. Kadar Keselamatan selama 5 tahun: kurang daripada 10%.



Semoga bermanfaat buat kita semua...

Kenapa Fy biru kan ayat di atas??
Omega Guard adalah minyak ikan terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee.. Untuk makan ikan setiap hari banyak mcm tu mmg agar sukar dan agak mahal belanjanya..
Bagi memudahkan anda.. Shaklee telah menghasilkan minyak ikan yang bermutu tinggi, selamat dan semulajadi.. 
Sajian sehari Omega guard, bersamaan 905mg Omega 3..
Mudahkan dgn hanye mkn supplement, anda xpelu makan ikan yang byk setiap hari..


Omega Guard Shaklee boleh anda dapatkan dari saya dengan harga yang berbaloi2..


Shaklee Independent Distributor : 869491
✍ PM: Amazing Momma
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 








13 July 2015

GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Jom kita berkenalan dengan GLA Complex Shaklee yang byk keistimewaan nya..

Kita berkenalan dulu dengan GLA complex ni..


Apa itu GLA?

Kebanyakan GLA (Gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi Shaklee diesktrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.


Borage flower
Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Keistimewaan GLA Shaklee

  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana adalah sumber terbaik Omega-6 
  • Digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  • Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.
  • Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu badan dengan baik. 

Khasiat & Manfaat GLA Shaklee

Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran masyarakat barat. ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
Mengawal selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS spt keaskitan, perubahan mood, retensi air sakit payudara.

Melambatkan Menopaus
memperbaiki keadaan menopaus spt hot flashes, insomnia, depresi, ketidakhadaman. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus  dan memberi tona kepada uterus untuk kulit lebih muda.

Memperbaiki Prostatomegaly
Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel kanser.

Memperbaiki Keradangan Kulit
mengurangkan keradangan kulit , eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, pigmentasi, tinea dan kurap. Juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma , artritis.

Menghalang Komplikasi Diabetis
Merendahkan gula darah, beresan utk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan gula darah yang tinggi.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalangkan penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tona pada kulit dan otot untuk wanita secara beperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Memperbaiki Tekstur Rambut
memperbaiki rambut gugur dan kering.


FAKTA 
GLA bukan hanya utk wanita tetapi boleh diambil pelbagai peringkat umur dan jantina.
GLA asid linoleik adalah sama spt asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja yang membesar, wanita yang telah menopaus dan  lelaki yang telah andropaus (menopaus lelaki)

sumber : Buku Nutrisi Shaklee

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk membuat pesanan dan sebarang pertanyaan mengenai  Produk Shaklee, sila hubungi saya :

Call.SMS.Whatsapp : 0136200385 (Fida)
Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com
PM FB : Fyda Abd DTouch

Pembelian mana-mana produk Shaklee anda layak mendapat Harga Istimewa, Konsultasi Percuma , Info & Tips & Percuma Jadual Pemakan secara berkesan.






Minyak Ikan Shaklee (Omega Guard)

Assalamualaikum...

Apa yang anda tahu tentang Minyak Ikan Shaklee??? JOM tengok Kelebihannya..


  • Melindungi Jantung - membekalkan asid lemak omega-3 berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung - satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal -  Omega Guard dihasilkan melalui satu proses propritari  3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.
  • Minyak Ikan terbaik di dunia -  mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. EPA menyihatkan jantung dan sendi, DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.


Berminat??
Call.SMS.Whatsapp : 0136200385 (FIDA)
Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com
Fanpage : Amazing Momma


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang penyakit.

Telah Tiada Pundi Hempedu

Assalamualaikum...


Setahun yang lalu.. ibu kerap sakit perut kat sebelah kanan bawah tulang rusuk.. Mula2 ingat gastrik atau pedih ulu hati..
Kerap kali cek ngan doktor, hanya kata gastrik...

Huargh.. serius x tahan sakitnya.. sebab lepas makan mesti datang sakit sampai ke tulang belakang dan tulang pinggul..  dekat sebulan gak lah menahan sakit nya..

Sampailah satu hari tu.. lepas lunch tibe2 sakit tu sampai x tertanggung.. Sib baik opis dekat je ngan opis.. g lah jalan sensorang ke klinik.. sampai je klinik tgk ramai patients.. mintak nurse emergency case sbb mmg xleh tahan dah.. hahahah masa ni igt lagi kelam kabut nurse tu papah ibu masuk bilik doc.. doc tanye mcm2 dia suspek pundi hempedu.. doc bagi ubat tahan sakit, tp x lut.. sakit masih kuat.. trus doc suh pegi ke hospital PUSRAWI.. GILA... cmne nk g sendri.. mmg xleh nk drive la time tu.. huhuhu... diorg call hospital tapi katanya ambulan xda masa skg ni kene tunggu lg 30mnt...,
sabar jelah.. Hubby dah la outstation time tu.. kesian sungguh ibu..

 Nak wat cmne mmg kene tunggu ambulan (1st time oooo naik ambulan)..
Sampai hospital semunya kene cek kene soal.. doc masuk air.. mata putih tukar color (x igt color ape doc ckp).. dah settle sume barulah kene g scan perut..

Hasil scan... ada sesuatu di kawasan berhampiran hati.. doc kata maybe batu karang pundi hempedu..
Nasib baik xkene tahan wad.. kesian kat baby kecik sgt masa tu baru 3 bulan, breastfeed lg...

Pe lagi balik umah search semua info mengenai batu karang pundi hempedu..
Serius byk gile info.. tapi macam mane pun ibu kene refer pakar gak..
Nextday jumpe pakar.. Katanya cara terbaik adalah buang pundi hempedu.. sbb batu ni kalau u buang mcm mana pun pasti akan ade balik sbb pundi hempedu u x berfungi dengan baik (sbb tu boleh ade batu tu).. Doc kata lagi kalau u x buang pundi hempedu ni, boleh jadi batu ni terkeluar sendri dan sangkut di usus kecil dan menyebabkan masalah hati..

Apa kami boleh buat?? takut dengan kata2 itu.. So....


Apa keputusan kami??
BUANG jelah..(now sy sudah tiada pundi hempedu).. serius lega sbb xde lagi rasa sakit yang haru biru tu..

Saya kongsikan sedikit info mengenai Batu Karang Pundi Hempedu


PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.


Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.
Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Hairol Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.
INILAH fizikal batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.


Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Beliau menjelaskan, terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.


“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.
BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.


Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.
“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya.
Tambah Hairol, batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.
“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,”
“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras,” jelasnya.
Bagi batu bercampur pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi.
Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu.
Rawatan
Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik .
“Di PPUKM, kami menggunakan kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu berkenaan,” jelas Hairol.
Tambahnya, kaedah pembedahan lubang kekunci tersebut memiliki beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat, kurang meninggalkan kesan parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas.
Pencegahan
Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.
“Ia melibatkan cara hidup kita, terutama melibatkan aspek pemakanan. Hanya itu caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol dalam pundi,” tegas Hairol.
Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera, berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini
Disebabkan faktor tersebut, mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat.
Dalam pada itu, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan.
Walaupun hempedu dibuang, Hairol menjelaskan tiada kesan sampingan pada sistem tubuh manusia biarpun dengan ketiadaan organ tersebut.

sumber



Set penjagaan pundi hempedu

LECITHIN: Mengimulsi kolestrol berlebihan sekaligus menghalang pembentukan batu hempedu 


ALFALFA: Sumber serat yg membantu proses detoks dan juga menyerap lemak yg berlebihan


B- COMPLEX: Bantu penghadaman, menukarkan lemak kepada tenaga dan bantu kawal kolestrol.


VITAMIN E: Antioksidan yg melawan radikal bebas


HERBLAX: Membersihkan usus, utk sistem penghadaman yg lebih sihat dan baik utk detoks. 

♥ Rafidah 
♥ emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com
♥ Call / Sms / Whatsapp : 0136200385
♥ ID : 869491