RSS

30 January 2014

KELEBIHAN DAN FUNGSI LECITHIN


Kegunaan dan bagaimanakah Lecithin bertindak dalam membantu masalah kegemukan.


Apakah LECITHIN?

Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.
Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
Fat Emulsifier - Metabolisma lemak

KANDUNGAN
* Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian .
* Kolin - satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
* Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
* Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
* Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
* Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
* Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
* Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

Berminat? PM saya

28 January 2014

Cara Cairkan Susu Ibu Yang Sejuk dan Beku

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca.. Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku..


Cara cairkan susu EBM beku


Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
2) Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
3) Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
4) Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda


Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

1) Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
2) Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.


**TIPS PENTING**

1) Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
2) Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3) Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4) Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5) Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6) Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

1) TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
2) TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3) TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.


Selamat mencuba..
Happy breastfeeding mommies semua...


22 January 2014

Penawar Untuk Penyakit Gout


...GOUT...
Apa itu Gout?

          Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. 
          Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan Gout Akut 
Dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Serangan kronik berpanjangan, 
Walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN)

- Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).


Kami ada penyelesaian masalah anda In Sya Allah..

Produk Shaklee yang diyakini Berkesan, Selamat dan Semulajadi

Alfalfa
♠ Menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Alfalfa bersifat alkali, membolehkan tubuh mengimbangi asid berlebihan.

Omega
♠ Penting untuk mengelakkan inflamasi pada sendi bertambah teruk. Mengurangkan rasa sakit semasa pembengkakkan.

Advance Joint Health Tablet (AJHT)
♠ menyokong kesihatan sendi dengan meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan antara kusyen sendi dan memelihara kesihatan tisu penyambung

Performance Drink 
♠ Memastikan tubuh mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak mengalami dehidrasi..

Kita berusaha, namun Allah jua lah yg menyembuhkan.. Mohonlah pada Nya agar kesihatan kita baik2 saja dengan hendakNya..


berminat nak cuba set gout ini boleh hubungi saya seperti di bawah :✍ PM: http://www.facebook.com/messages/naturalhealtyvita
✐ Blog: http://vitaminsihatsemulajadi.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL