26 June 2013
Khasiat Teh Hijau
Assalamualaikum..
Pernah minum teh?? mestilah pernah kan.. tetapi tahu tak teh ni ade pelbagai jenis???
Hari ni nak kongsikan sedikit info tentang Teh Hijau..
1) Khasiat Teh Hijau
Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:
Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:
• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok
Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.
Dah paham? Bagus.. Pasni berduyun2 orang nk beli teh hijau..
Xpe.. Asalkan berkhasiat..belilah byk2..
Credit
Wit L♥ve,
Fyda
BAHAYA AJINOMOTO (MSG)
Assalamualaikum...
Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”
Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.
06 June 2013
Atasi loya semasa Hamil
Assalamualaikum...
Seronokkan bile tahu sudah berbadan dua... cume yang x syoknye bile ade alahan yg dihadapi.. x semua org same alahan semasa preggy ni.. ade yang xde langsung loya,muntah2,xlalu makan dan sebagainya... tapi diorg dpt benda lain...
Ok... kite nk cite tentang mengatasi masalah ni... biasanya doc bg ubat tahan muntah.. tp saya xkn mkn... saya memilih Peppermint-ginger Plus Shaklee... sebabnye bile mkn ni sgt melegakan...
jom tgk ape kelebihannya..
Kombinasi dari 4 jenis bahan:
1. Daun pudina
2. Halia
3. Adas Manis
4. Bunga Lawang
secara klinikalnya membantu dlm merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut,kembung perut sendawa dan penghadaman.
Selain itu boleh membantu melegakan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
siapa yang boleh makan?
1. ibu mengandung yg alami loya
2. pesakit gastrik
3. org yng sedang sakit perut
4. sesiapa yang sedang cirit birit
sesiapa yang menghadapi masalah seperti diatas boleh mencuba...
jom cube sekarang...
Hubungi VSS sekarang
SID: 869491
FB: Vitamin Sihat Semulajadi
Call/SMS/Whatsapp: 013-6200385
EMEL: vitaminsihatsemulajadi@gmail.com
05 June 2013
Mealshakes Makanan Tambahan Seisi Keluarga
Sudah lama saya tidak update blog ni.. Alhamdulillah hari ini Allah beri kesempatan untuk update blog kesayangan ni..
Saya tak nak cerita panjang2.. Cume nak buat pengumuman PROMO Shaklee Bulan ini adalah MEAL SHAKES..
Alhamdulillah... Syukur pada Allah bulan ni Mealshake.. Anak sulung saya amat menggemari mealshakes.. jadi boleh lah saya borong 1set untuk anak tersayang.. Makan Mealshakes ni byk kelebihannya.. InsyaAllah jika berkesempatan petang ini saya akan post kelebihan dan testimoni tentang MEALSHAKE..
Wit L♥ve,
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan