RSS

25 August 2015

CARA PANASKAN SUSU IBU, SUSU TAK ROSAK


CARA PANASKAN SUSU IBU, SUSU TAK ROSAK


Panaskan susu ibu dengan baik, dapat elakkan susu ibu dari tercemar, rosak atau hilang nutrisi dan enzim. Ada beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Pilihan bergantung pada poket ibu ayah, keadaan di tempat jagaan anak-anak dan beberapa faktor lain.

Cara Pertama: Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)
  • Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke peti sejuk. Cairkan susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan. Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.

Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:
  • Deep Freezer: 6-12 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu
  • Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
  • Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya. 
  • Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR

cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

Cara Kedua: Teknik Air Mengalir
  • Letakkan susu ibu beku di bawah tap air yang sejuk. Suhu air perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas, berkemungkinan akan merosakkan enzim-enzim penting di dalam susu ibu. Goyangkan bekas susu ibu yang telah cair, untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.
  • Perlahan-lahan naikan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah suhu dari sejuk ke suhu bilik, kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak. 

Nota 1: Berhenti panaskan susu ibu, jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas, boleh menjadi sebab mulut bayi akan melecur.
Nota 2: Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit fussy, panaskanlah susu pada suhu bilik.
  • Jika menggunakan Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk). Tak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu.
  • Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.
cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK

Cara Ketiga: Rendamkan Dalam Air Suam
  • Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap. Sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih. 

AMARAN: JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API
  • Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh teruspanaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.
  • Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.
cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu
Cara Keempat: Guna Warmer (Pemanas)
  • Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.
  • Ada 2 jenis warmer, yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu (yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.
  • Bunyi atau lampu akan menyala jika proses panaskan susu ibu telah selesai.
Apa pun cara yang dipilih, mestilah memberi kemudahan kepada pengasuh anak kita. Jika pengasuh baru pertama kali kendalikan perahan susu ibu. Kongsi maklumat dengannya. Antara cara yang boleh diguna, printkan cara-cara pengendalian susu ibu. Lebih baik beserta gambar, supaya mudah paham.

Sesekali buatlah spot check. Tanyakan cara pengasuh memberi susu pada anak kita. Bukan apa, hanya untuk memastikan anak kita mendapat susu ibu yang masih ada 'nilai'.

credit 

15 July 2015

Osteoporosis Bahaya..


Penyakit Osteoporosis atau Rapuh Tulang

Penyakit Osteoporosis atau rapuh tulang ialah suatu keadaan dimana ketumpatan dan kekuatan tulang berkurangan dan menyebabkan tulang menjadi mudah patah atau reput. Osteoporosis membawa kepada tulang poros yang tidak normal yang dapat ditekan atau dimampatkan seperti span. Keadaan ini yang membawa kepada kerapuhan tulang. Osteopenia ialah keadaan dimana tulang kurang tumpat berbanding tulang yang normal tetapi tidak mencapai tahap osteoporosis.

Tulang normal terdiri daripada protein, collagen dan kalsium yang mana memberi kekuatan kepada tulang. Tulang yang telah dijangkiti osteoporosis akan mudah patah walaupun pada kecederaan kecil yang lazimnya tidak akan mengakibatkan kepatahan. Tulang belakang, tulang rusuk, tulang punggung, dan tulang pinggang merupakan tempat yang biasa mengalami retakan atau patah akibat osteoporosis.

Penyebabnya?
Penyebab yang membawa kepada masalah ini ialah penurunan kadar estrogen dalam diri wanita semasa menopause dan penurunan testosterone pada lelaki. Wanita berumur 50 dan lelaki berumur 70 tahun mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat penyakit osteoporosis ini.


SIMPTOM
Penyakit osteoporosis tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Simptom ini hanya mampu dikesan pada peringkat akhir penyakit iaitu:
♥ Kesakitan pada tulang
♥ Retakan dengan sedikit atau tiada trauma.
♥ Hilang ketinggian ( sebanyak 6 inci).
♥ Sakit pada bahagian bawah belakang.
♥ Sakit leher/tengkok.

RAWATAN

Matlamat untuk rawatan penyakit osteoporosis ini ialah untuk:

♥ Mengawal kesakitan
♥ Memperlahan atau memberhentikan kehilangan tulang (bone loss)
♥ Mencegah retakan tulang dengan ubat menguatkan tulang.
♥ Meminimumkan risiko untuk jatuh yang boleh menyebabkan retakan tulang.

Rawatan untuk penyakit osteoporosis ini boleh terbahagi kepada perubahan cara hidup dan kepelbagaian ubatan. Ubat-ubatan digunakan untuk menguatkan tulang.
  • BISPHOSPHONATES -  Bisphosphonates ialah ubat utama yang digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis    dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.
  • CALCITONIN - Calcitonin ialah ubat yang memperlahankan kadar kehilangan tulang dan melegakan kesakitan tulang. Calcitonin kurang efektif berbanding bisphosphonates.
  • RALOXIFENE -   Raloxifene (Evista) digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis. Ia serupa dengan ubat bagi kanser payudara tamoxifen. Raloxifene boleh mengurangkan retakan tulang belakang sebanyak 50%. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu untuk mencegah retakan tulang yang lain. Kesan samping yang paling serius bagi pengambilan raloxifene ini ialah risiko darah tersumbat pada bahagian saraf kaki atau dalam paru-paru.

Selain itu, cara hidup dan pemakanan juga perlu dijaga dari sekarang supaya tidak memudaratkan ketika hari tua..

SENAMAN 
Elakkan senaman yang boleh mengakibatkan terjatuh atau impak yang kuat yang boleh menyebabkan keretakan tulang.

DIET
Dapatkan sekurang-kurangnya 1 200 miligram kalsium setiap hari dan 800 – 1 000 vitamin D3. Vitamin D membantu badan kita menyerap kalsium.
Makanan yang tinggi kalsium antaranya ialah:
  • Keju
  • Ais-krim
  • Sayuran hijau
  • Susu rendah lemak
  • Ikan salmon
  • Ikan sardin bersama tulangnya.
  • Tauhu
  • YogurtTinggalkan tabiat tidak sihat seperti merokok atau minum minuman keras.


BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KALSIUM DAN VITAMIN D DENGAN MUDAH???

Untuk makan kesemua makanan yang mempunyai kalsium dan vitamin D amatlah banyak dan tidak semua makanan tersebut akan diserap sepenuhnya oleh tubuh.. Kerana itu, anda perlu mengambil pil kalsium yang semulajadi, selamat dan berkesan..




Perbezaan Kalsium Shaklee (Ostematrix) dengan Pil Kalsium lain


Vitamin D adalah vitamin yang larut lemak. Ia diperolehi daripada cahaya matahari ataupun melalui pemakanan. Gabungan vitamin D bersama kalsium dan fosforus untuk memastikan tulang dan gigi sihat dan kuat.

Manakala magnesium dikenali sebagai mineral anti-tekanan (antistress). Magnesium sangat diperlukan untuk memastikan otot dan saraf berfungsi dengan baik. Dewasa memerlukan setiap hari dalam 250-500 mg. untuk wanita mengandung dan menyusu diperlukan 300-355 mg berdasarkan National Research Council.

Apakah kaitan antara ketiga-tiga vitamin dan mineral di atas iaitu Kalsium, Vitamin D dan Magnesium???

Untuk mendapatkan vitamin kalsium yang optimum dalam badan memerlukan vitamin D untuk penyerapan pada gigi dan tulang. Dan untuk memastikan tulang ‘melekat’ dengan baik antara satu sama memerlukan magnesium. So kombinasi kalsium, vitamin D dengan magnesium sangat diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi mendapat nutrient sepatutnya.

Dalam Shaklee gabungan ketiga-tiga jenis vitamin dan mineral tersebut adalah dalam OSTEMATRIX. 


JANGAN BIAR KAN HARI TUA ANDA DIHINGGAPI PENYAKIT KERAPUHAN TULANG INI..
JOM UBAH CARA PEMAKANAN KITA...

Bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix ini???

✐ Blog: http://www.amazingmomma.blogspot.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL..

Cara Cairkan Susu Ibu Yang Sejuk dan Beku

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca.. Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku..


Cara cairkan susu EBM beku


Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
2) Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
3) Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
4) Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda


Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

1) Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
2) Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.


**TIPS PENTING**

1) Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
2) Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3) Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4) Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5) Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6) Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.




TIDAK BOLEH:

1) TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
2) TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3) TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.



Selamat mencuba..
Happy breastfeeding mommies semua...