RSS

01 April 2015

3rd preggy: 38week.. Kaki Membengkak dah Macam Kaki Gajah

Dh masuk 38week ni baru rasa bagaimana sakitnya kaki bile membengkak.. 2 pregnancy sblum xpenah kene kaki bengkak.. but this time, hanya Allah yang tahu.. sakit sgt2 kaki nih..

Jom lah baca skit info kenapa kaki leh bengkak dan cara kurangkan rasa sakit itu..

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Adakah oedema ini perkara biasa?
Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan.

Info disedut dr babycenter.com

Dh mcm kaki gajah pulak bile tgk kaki sndri..
Kui kui kui.

#10moredaystogo
#babyapril
#38week

15 February 2015

Masalah GOUT Sangat Bahaya


...GOUT...


Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.

Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.


Serangan Gout Akut 
Dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Serangan kronik berpanjangan
Walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan gout
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN)

♦ Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
♦ Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
♦ Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
♦ Daging merah.
♦ Cendawan.
♦ Yis (roti putih, roti manis).

Kami ada penyelesaian masalah anda In Sya Allah..


Produk Shaklee yang diyakini Berkesan, Selamat dan Semulajadi

Alfalfa
♠ Menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Alfalfa bersifat alkali, membolehkan tubuh mengimbangi asid berlebihan.

Omega
♠ Penting untuk mengelakkan inflamasi pada sendi bertambah teruk. Mengurangkan rasa sakit semasa pembengkakkan.

Advance Joint Health Tablet (AJHT)
♠ menyokong kesihatan sendi dengan meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan antara kusyen sendi dan memelihara kesihatan tisu penyambung

Performance Drink 
♠ Memastikan tubuh mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak mengalami dehidrasi..

Kita berusaha, namun Allah jua lah yg menyembuhkan.. Mohonlah pada Nya agar kesihatan kita baik2 saja dengan hendakNya..


berminat nak cuba set gout ini boleh hubungi saya seperti di bawah :

✐ Blog: http://www.amazingmomma.blogspot.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 

27 January 2015

Cerebral Palsy (CP)

PEMBENTUKAN otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam perkembangan awal kehidupan manusia.
Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan dengannya.
Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu.
Pakar Perunding Pediatrik dan Kaji Saraf, Hospital Selayang, Dr. T. Malinee berkata, masalah ini yang lebih dikenali sebagai cerebral palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal.
Menurut beliau, CP menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil sesuatu objek.
``Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara mereka berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan sebagainya,'' katanya.
Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik.

PUNCA
Dr. Malinee memberitahu, meskipun punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
``Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP,'' katanya.
Puncanya terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
A. Semasa dalam kandungan
- Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan.
- Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.
- Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
- Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.
Terdapat kemungkinan menghidap Penyakit Down Syndrome apabila terlebih kromosom Trisomi 21.
- Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah pinggang, tiroid dan epilepsi.
- Kehamilan kembar
- Bayi yang songsang

B. Semasa kelahiran
Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah.
Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:
- Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.
- Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.
Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP berbanding bayi yang dilahirkan normal.
- Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration).
- Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah yang tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan.
Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

C. Selepas dilahirkan
- Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
- Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh menggegarkan bahagian otak.
- Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya.
- Tertelan benda asing.
- Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak.

Jenis-jenis CP
- Spastik. Kekejangan pada bahagian sebelah kanan tubuh. Jika tangan dan kaki kanan terbabit ia dipanggil hemiplegia.
Jika spastik ini membabitkan kedua-dua belah bahagian kaki ia dipanggil diplegia.
Jika ia membabitkan seluruh tangan dan kaki dinamakan quadriplegia.
- Diskinetik. Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Ataxic. Otot-otot tangan atau kaki yang lembik. Bagaimanapun, kategori ini paling jarang berlaku.
- Campuran kesemuanya.
Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP
Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa masalah lain seperti:
- Lewat perkembangan mental
- Epilepsi
- Kerencatan otak
- Masalah pembelajaran
- Masalah pertuturan
- Masalah kepekakan
- Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan
- Masalah emosi

Rawatan
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini.
Kaedah yang digunakan ialah:
- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.
Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik.
- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang.
- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar psikologi.
Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam pembelajaran kanak-kanak istimewa.
Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan.