RSS

15 February 2015

Masalah GOUT Sangat Bahaya


...GOUT...


Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.

Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.


Serangan Gout Akut 
Dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Serangan kronik berpanjangan
Walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan gout
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN)

♦ Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
♦ Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
♦ Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
♦ Daging merah.
♦ Cendawan.
♦ Yis (roti putih, roti manis).

Kami ada penyelesaian masalah anda In Sya Allah..


Produk Shaklee yang diyakini Berkesan, Selamat dan Semulajadi

Alfalfa
♠ Menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Alfalfa bersifat alkali, membolehkan tubuh mengimbangi asid berlebihan.

Omega
♠ Penting untuk mengelakkan inflamasi pada sendi bertambah teruk. Mengurangkan rasa sakit semasa pembengkakkan.

Advance Joint Health Tablet (AJHT)
♠ menyokong kesihatan sendi dengan meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan antara kusyen sendi dan memelihara kesihatan tisu penyambung

Performance Drink 
♠ Memastikan tubuh mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak mengalami dehidrasi..

Kita berusaha, namun Allah jua lah yg menyembuhkan.. Mohonlah pada Nya agar kesihatan kita baik2 saja dengan hendakNya..


berminat nak cuba set gout ini boleh hubungi saya seperti di bawah :

✐ Blog: http://www.amazingmomma.blogspot.com/
✉ Email: rafidah.abdmutalib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-6200385
➲ COD Area: Selayang, Gombak, Sentul, Setapak, Wangsamaju & KL 

27 January 2015

Cerebral Palsy (CP)

PEMBENTUKAN otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam perkembangan awal kehidupan manusia.
Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan dengannya.
Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu.
Pakar Perunding Pediatrik dan Kaji Saraf, Hospital Selayang, Dr. T. Malinee berkata, masalah ini yang lebih dikenali sebagai cerebral palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal.
Menurut beliau, CP menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil sesuatu objek.
``Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara mereka berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan sebagainya,'' katanya.
Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik.

PUNCA
Dr. Malinee memberitahu, meskipun punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
``Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP,'' katanya.
Puncanya terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
A. Semasa dalam kandungan
- Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan.
- Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.
- Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
- Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.
Terdapat kemungkinan menghidap Penyakit Down Syndrome apabila terlebih kromosom Trisomi 21.
- Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah pinggang, tiroid dan epilepsi.
- Kehamilan kembar
- Bayi yang songsang

B. Semasa kelahiran
Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah.
Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:
- Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.
- Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.
Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP berbanding bayi yang dilahirkan normal.
- Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration).
- Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah yang tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan.
Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

C. Selepas dilahirkan
- Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
- Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh menggegarkan bahagian otak.
- Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya.
- Tertelan benda asing.
- Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak.

Jenis-jenis CP
- Spastik. Kekejangan pada bahagian sebelah kanan tubuh. Jika tangan dan kaki kanan terbabit ia dipanggil hemiplegia.
Jika spastik ini membabitkan kedua-dua belah bahagian kaki ia dipanggil diplegia.
Jika ia membabitkan seluruh tangan dan kaki dinamakan quadriplegia.
- Diskinetik. Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Ataxic. Otot-otot tangan atau kaki yang lembik. Bagaimanapun, kategori ini paling jarang berlaku.
- Campuran kesemuanya.
Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP
Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa masalah lain seperti:
- Lewat perkembangan mental
- Epilepsi
- Kerencatan otak
- Masalah pembelajaran
- Masalah pertuturan
- Masalah kepekakan
- Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan
- Masalah emosi

Rawatan
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini.
Kaedah yang digunakan ialah:
- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.
Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik.
- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang.
- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar psikologi.
Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam pembelajaran kanak-kanak istimewa.
Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan.

11 December 2014

Manfaat Kalsium Shaklee yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita mengenai kalsium Shaklee..

The Best ever calcium yang penah makan.. Masa mengandung anak no2 saya kerap kejang kaki, setiap malam mesti kena.. sejak tu sy mule makan Ostematrix.. Alhamdulillah.. lps lps tu x dak dah sakit2 kaki nih..

Meh baca skit kelebihan Ostematrix Shaklee..

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3. Meringankan stress
Ostematrix mampu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga mengurangkan tekanan, mood swing, mengelakkan sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

5. Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin dan berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Juga boleh menghalang obesiti di waktu umur tua. Kalsium juga membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit perut.

7. Mengandungi Vitamin D
Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. Vegeterian, individu berumur melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D.

8. Mengandungi magnesium
Magnesium adalah ion positif no 2 penting dalam tubuh manusia. Menggalakkn komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung. Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

Ostemarix juga amat bagus untuk ibu-ibu mengandung untuk mengelakkan PREEKLAMPSI.

Hubungi saya

Fyda Mutalib
SID: 869491
0136200385 (Call/Whatsapp/SMS)
COD : Selayang, Batu Caves, Gombak, dan KL