RSS

18 December 2013

Tips menjaga Buah Pinggang

Assalamualaikum..

Hari ni rasa nk kongsi tentang penjagaan buah pinggang sebabnya hari tu duk semak2 dokumen bantuan hemodialisis... Nak menangis tgk ramai sangat rakyat malaysia ni yang kerosakan buah pinggang.. pastu sebulan mesti kene cuci 12-14 kali.. Kos sebulan lbh kurang RM2000++.. Lagipun sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi.. Dengan nak menampung kehidupan seharian, pulak tu sakit kene tanggung kos perubatan.. Jadi kita lah yang kene bertindak menjaga kesihatan sendiri.. Jom baca tips dibawah.. semoga bermanfaat buat semua.. 

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


Semoga bermanfaat buat semua

05 November 2013

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Hari ni sudah mula tahun baru hijrah.. Semoga amalan yang lebih baik untuk tahun ini..
Semoga hidup kita lebih baik dan diredhai sepanjang tahun ini..

Bagi mereka yang x sempat nk berubah tahun lepas.. Semoga anda sempat berhijrah tahun ini dan jangan lah ditangguhkan penghijrahan itu kerana anda sendri yang akan rugi.. Alhamdulillah pada Maal Hijrah 1434 saya telah berhijrah dari segi penampilan.. Semoga tahun ini lebih byk penghijrahan yang dapat saya lakukan..

Salam Maal Hijrah Semua..


29 October 2013

Kanapa Perlu Minum Air Kosong???



9 Sebab untuk Minum



1. Penurunan berat badan. 
Air adalah medium terbaik untuk menurunkan berat badan, pertama sekali kerana ia sering menggantikan minuman berkalori tinggi seperti soda dan jus dan alkohol dengan minuman yang tidak mempunyai sebarang kalori.Kerapkali apabila kita fikir kita lapar, kita sebenarnya hanya dahaga. Air mempunyai lemak tidak, tiada kalori, tiada karbohidrat, gula tidak. Minum banyak untuk membantu regimen berat badan anda.

2. Jantung yang sihat. 
Meminum jumlah air yang baik dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Satu kajian enam tahun yang diterbitkan di Mei 1, 2002 American Journal Epidemiologi mendapati bahawa orang-orang yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang kemungkinan untuk mati akibat serangan jantung.

3. Tenaga.
Apabila dehidrasi, anda berasa letih - walaupun dehidrasi yang ringan sekecil 1 atau 2 peratus daripada berat badan anda. Jika anda dahaga, anda sudah berada dehidrasi - dan ini boleh membawa kepada keletihan, kelemahan otot, pening dan gejala-gejala lain.

4. Penawar sakit kepala. 
Satu lagi gejala dehidrasi ialah sakit kepala. Malah, sering kali apabila kita mempunyai sakit kepala ia hanya satu perkara yang tidak minum air yang mencukupi.

5. Kulit yang sihat
Tabiat meminum air yang cukup secara konsisten akan menjadikan kulit berseri. Ia mengambil masa yang yang lama, bukan semalaman ya 

6. Masalah penghadaman
Sistem penghadaman kita memerlukan jumlah air yang baik untuk mencerna makanan dengan betul. Amaun air yang cukup boleh membantu mengubati masalah asid perut, dan air bersama-sama dengan serat boleh menyembuhkan sembelit (selalunya disebabkan oleh dehidrasi).

7. Detoksifikasi
Air yang digunakan oleh badan untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan.

8. Risiko kanser
Berkaitan dengan sistem pencernaan di atas, meminum air dengan jumlah yang mencukupi juga didapati mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%. Banyak minum air juga boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50% dan berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara.

9. Senaman yang lebih baik
Dehidrasi teruk boleh menjejaskan aktiviti olahraga anda, melemahkan anda dan lebih sukar untuk mengangkat berat. Senaman memerlukan air tambahan, jadi pastikan untuk hidrasikan diri sebelum, semasa dan selepas bersenam.


Jangan lupa minum air kosong yeh.. kalau kurang minum air anda berpotensi untuk mendapat kencing manis dan juga kerosakan buah pinggang..