RSS

31 July 2013

Isu Hangat: Halal Shaklee Diragui

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan update web hari ni.. 

Hari ni di grup kami menjadi hangat + hangit mengenai status halal produk Shaklee.. 
Ramai jugak masih x mengetahui tentang Status halal Produk Shaklee..

"Kata shaklee Halal tapi kenapa kat botol xde stiker halal?"
" Mana Sijil Halal Shaklee"
"kenapa Shaklee tak da Sijil Halal JAKIM"

Amboi bagus betul soalan yang diberikan tu..

Meh sini nak kasi tau org2 kat luar sana.. sesape yang masih x mengetahui status nya..


"Shaklee di yakini HALAL. Sijil HALAL dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam US (ISA) dan ada sijil terbaru 2013.
Dekat botol takde logo halal sebab sijil dah dikeluarkan. So dalam sijil dah list down all the product with HALAL CERTIFICATION."

Lagi satu isu yang berbangkit nape takde logo HALAL JAKIM.

"JAKIM hanya keluarkan sijil/logo HALAL untuk produk yang dihasilkan di dalam MALAYSIA sahaja. Untuk keluarkan sijil/logo HALAL tu pihak JAKIM perlu pegi ke premis2 yang keluarkan produk tersebut. Ada bnyk lagi premis yang mintak di sahkan HALAL kat MALAYSIA ni masih dalam queue. Adakah JAKIM akan ke US untuk menentukan sah HALAL produk SHAKLEE? So kite serahkan kepada badan berwajib di sana untuk mengeluarkan sijil HALAL ni. Diorang pun sangat particular bab HALAL. Once dah kata HALAL tapi in case tak HALAL, company pengeluar boleh di saman juta2 dolar tau.. Shaklee sendiri apply HALAL ni in group.. tu sebab keluar sijil. Kalau kita tgk produk2 lain yang dijual kat farmasi pun takde cop HALAL."


klik gambar untuk paparan lebih jelas

Lagi yang perlu anda Tahu...

 Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.


Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.


ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.


Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.



Itu je lah yang dapat saya share kan tentang masalah isu HALAL ni. Memang pernah di bangkitkan banyak kali. Harap dapat membantu kawan-kawan semua... 

Maka kesimpulan disini.. Produk Shaklee HALAL.. boleh makan dengan tenang dan tanpa ragu2 lagi..


Berminat produk Shaklee??
Hubungi 

Rafidah Abd Mutalib
Pengedar Shaklee : Selayang, Batu Caves, Gombak, Rawang dan KL (utk COD)
Email : vitaminsihatsemulajadi@gmail.com
Sms/Whatsapp : 013-6200385
Page : Vitamin Sihat Semulajadi

26 July 2013

Testi: Parut Hilang Selepas 25Hari Bersama Set D



Assalamualaikum...


Dalam Shaklee ni ada banyak produk dan juga set-set untuk kesihatan dan kecantikan.. Hari ni saya nak kongsikan cerita tentang set Kecantikan (Set D) dimana kebanyakkan pengguna sangat teruja dengan hasil yang mengujakan..


Jom kita baca kisah Puan Syafiza dari blog beliau. Beliau mengalami parut pembawakan baby yang sangat teruk.. Tapi selepas consume Set D selama 25 hari, inilah hasilnya..




Alhamdulillah dh 25 hari Fiza mkn Bcomplex, Vita C, Vitamin E & GLA Complex ni.. Bersyukur sgt2.. Sebelum ni asyik jaga luaran je..Fiza mengalami parut pembawakan baby yang sangat teruk.. Muka jadi gatal2 dan meninggalkan parut yang sangat hodoh.. :(..Sebelum ni dh macam2 produk kecantikan dr yg murah sehinggakan yang mahal tapi takde perubahan pun.. Segala treatment la apa la semua dah try tp x de perubahan yg habis duit je..
Fiza sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membuka pintu hati Fiza untuk mencuba vitamin Shaklee ni di saat Fiza hampir2 tak percaya pada segala macam produk kecantikan ni..Sebelum ni fiza ada jugak ambik Tab X..
Seminggu je makan supplement ni dh ada orang tanya Fiza.."Eh,pakai produk apa sekarang??" Nampak sgt kan muka Fiza sebelum ni sgt2 teruk.. Sedih sgt tau bila orang tanya mcm tu.. huhu..Raya Haji lepas family Fiza datang beraya di rumah Fiza.. Mak dan kakak pun tanya benda yang sama.. Ye la sebelum ni asyik tukar produk je.. Hubby pun cakap lps ni jangan tukar2 produk dh.. Makan vitamin je.. =) Sangat2 gembira dan bersyukur sangat2 kerana mendapat sokongan dari suami..
Alhamdulillah dgn disiplin dan minum air yang banyak Fiza dh nampak perubahan pada wajah Fiza.. suka sangat2.."
Set kecantikan ni mempunyai 4 jenis vitamin yang bagus untuk kesihatan kulit.



Antara fungsi-fungsi vitamin set Skin Care:

Bcomplex

  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, mengelak stress, dan mengelak kulit kusam.
  • Mempunyai Biotin bagi mencantikkan kulit, kuku dan rambut.

 Vitamin C
  • Membantu pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit
Vitamin E
  • Antioksida
  • Membantu menghilangkan parut dan jeragat
  • Melambatkan proses penuaan
  • menjadikan tekstur kulit cantik dan tampak muda
GLA Complex
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menghasilkan tona sekata pada kulit
  • Mengstabilkan hormon

BUAT SEMENTARA WAKTU INI, VITAMIN C MASIH BELUM ADA STOK.. 
Bagi menggantikan Vitamin C, saya mencadangkan CAROTOMAX

Fungsi CAROTOMAX adalah :
  • Meredakan penyakit kulit
  • Antioksida

Anda ada masalah kulit?? Anda boleh mencuba Set Kecantikan (SET D) untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat serta kesihatan dalaman tubuh anda juga terjaga..

♣ Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 

Rafidah Abd Mutalib
Pengedar Shaklee : Selayang, Batu Caves, Gombak, Rawang dan KL (utk COD)
Email : vitaminsihatsemulajadi@gmail.com
Sms/Whatsapp : 013-6200385
Page : Vitamin Sihat Semulajadi

26 June 2013

Khasiat Teh Hijau




Assalamualaikum..

Pernah minum teh?? mestilah pernah kan.. tetapi tahu tak teh ni ade pelbagai jenis???

Hari ni nak kongsikan sedikit info tentang Teh Hijau..




1) Khasiat Teh Hijau

Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.

Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:

Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.


Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:

• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok

Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.


Dah paham? Bagus.. Pasni berduyun2 orang nk beli teh hijau..
Xpe.. Asalkan berkhasiat..belilah byk2..
Credit


Wit L♥ve,
Fyda