RSS

02 December 2014

Buang rasa AKU dalam diri

Bodohlah kau ni!"

Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"
Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.

Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.
Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.
Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.

"Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu."

Bos menahannya.

"Kenapa kau tolong aku?"

Si kerani tersenyum.
"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."
"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."

Si kerani jawab,
"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."

Bos terdiam lama.
"Maafkan aku."

Si kerani hanya tersenyum.
"Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."

Bosnya berkerut kening.
"Apa dia?"

Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.

Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati.

Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur.

Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."

Bosnya terdiam.
"Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"

Kerani berkata perlahan,

"Nabi s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun Baginda adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia.

Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah."
Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.
Berada di atas bukan selamanya.
Suatu hari kita juga akan berada di bawah.

Di bawah timbunan tanah.

Sekadar renungan.

Credit: FB Hazirah Md Aros..

12 September 2014

3rd preggy : 9week

Alhamdulillah...
Kandungan ibu dh 9week.. heart beat baby dah nampak.. yelah sebelum ni risau sgt baby nmpak karung je.. pastu nmpk seketul daging kecik sgt... hati rs x sedap je, risau baby x membesar..
Alhamdulillah Allah perkenan doa ibu..
Ibu amalkan pemakanan yg sihat..
Supplement wajib ambil..
1. BComplex - ade folic acid yg membantu memberikan tenaga dan juga mengurangkan risiko bayi kene masalah saraf (spina bifida)
2. VITALEA - Multivitamin lengkap utk kesihatan diri
3. VITAMIN C - utk tingkatkan imunisasi tubuh
4. OSTEMATRIX - Kalsium terbaik + Vitamin D dan Magnesium utk tingkatkan penyerapan terbaik kalsium ke dlm tubuh.. (elak sembelit)
Start dr 6week smpai lah skg ni alahan mengandung kali ni mmg sgt2 teruk berbanding sbelum2 nih... gastrik tu toksah ckp lah...
Makan kul 12pm kul 3pm dh mula sakit perut mencucuk.... masa awl2 xpasan... lama2 baru pasan yg kalau dh mule sakit tu kene lah g cari makanan.. hahahhaha..
Tu pasal lah kali ni xleh nk kurus.. kalau dulu.. kejap je berat ibu turun smpai 5 or 6 kg..
Alahan lain?
Cepat penat (biasalah)
Muntah2 (biasa gak)
Kerap sakit pinggang
Sakit cik B
Sblum preggy suke sgt ngn kek.. skg tgk kek nk muntah..
Sblum preggy ni x suke lah epal masam tu.. now its my feveret...
Ok2.. pnjang plak story nye..
Meh kita baca info skit kehamilan 9week..
Pada penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna.
Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.
Ok done my story for today.. smbung 10week minggu depan plak yeh...

03 July 2014

Bahayakah PreEclampsia Kepada Ibu Hamil dan Bayi?

Assalamualaikum..

Dalam grup kami hangat membincangkan tentang satu penyakit yang dihinggapi oleh ibu yang sedang hamil.. PreEclampsia...
Jom baca skit info mengenai Preeclampsia..Sejauh mana bahayanya penyakit ini jika tidak dirawat..


Apa itu Preeclampsia??

Preeclampsia adalah keadaan yang berlaku hanya semasa mengandung. Diagnosis dibuat oleh gabungan tekanan darah tinggi dan kehadiran protien dalam air kencing ,yang berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.Preclampsia juga dikenali sebagai toxemia dan sering terjadi akibat tekanan darah tinggi yang teruk semasa kehamilan (hypertension gestation).Preeclampsia menjejaskan kira-kita 2-6% kesihatan ibu hamil yang kali pertama hamil.



Siapakah yang berisiko untuk preeclampsia?

Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko preeclamsia :-

Ibu kali pertama.ia sering terjadi kepada anak sulung
  1. Ibu hamil yang mempunyai pengalaman preeclampsia
  2. untuk kehamilan seterusnya
  3. Ibu hamil yang mempunyai keluarga yang pernah mengalami preeclampsia semasa kehamilan
  4. Ibu hamil yang lebih muda daripada 20 tahun dan lewat usia lebih daripada 40 umur
  5. Ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung
  6. Ibu hamil yang terlalu gemuk atau mempunyai BMI 30 atau lebih
Apakah gejala Preeclampsia

Preeclampsia yang ringan
Tekanan darah tinggi ,retensi air dalam badan dan kehadiran protien dalam ai kencing

Preeclamsia yang teruk
Sakit kepala ,penglihatan kabur,ketidakupayaan untuk bertoleransi dengan cahaya terang,keletihan , loya/muntah , jarang membuang air kencing , sakit abdomen bahaguan kanan atas , sesak nafas dan kecenderungan untuk mudah lebam

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami penglihatan kabur , sakit kepala yang teruk , sakit perut dan / atau sangat jarang membuang air kencing

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai preeclampsia?

Pada setiap pranatal chek up ,penjagaan kesihatan anda akan memeriksa tekanan darah anda , tahap air kencing dan ujian darah yang boleh mengesan preeclampsia

Doktor anda juga boleh melakukan ujian lain yang termasuk pemeriksaan buah pinggang dan fungsi-fungsi pembekuan darah melalui ultrsound untuk memeriksa perkembangan bayi anda dan ultrasound Doppler untuk mengukur kecekapan aliran darah ke plasenta

Bagaimana Preeclampsia dirawat

Rawatan bergantung kepada usia kandungan anda.Jika kandungan anda dekat dengan jangkaan tarikh bersalin (EDD) dan bayi anda cukup matang doktor anda mungkin melahirkan bayi nda secepat mungkin

Jika anda mempunyai preeclampsia yang ringan dan bayi anda tidak mencapai perkembangan yang matang lagi , doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan perkara-perkara berikut :-

  • Rehat , posisi tidur adalah betul seperti berbaring disebelah kiri membolehkan aliran darah yang optimum untuk saluran utama iaitu saluran vena cava
  • Kerap menjalankan pranatal check up
  • Kurang mengambil garam
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
  • Menukar diet anda dan mengambil makanan yang lebih protien
  • Jika anda mempunyai preeclampsia yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan tekanan darah sehingga kandungan anda cukup matang untuk dilahirkan selamat selalu berehat diatas katil menukar diet dan mengambil supplemen tambahan
Bagaimana preeclampsia boleh menjejaskan ibu hamil?

Jika preeclampsia tidak dirawat dengan cepat dan betul , ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius bagi ibu seperti kegagalan fungsi hati atau buah pinggang , mempunyai risiko masalah jantung kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa

Eclampsia adalah preeclampsia yang serius yang tidak dirawat segera dimana ibu mula mendapat sawan
Sindrom HELLP (hemolisis , enzim hati tinggi , dan kiraan platlet yang rendah ) - Satu keadaan yang biasa berlaku pada lewat kehamilan yang menyebabkan sel darah merah pecah , darah beku dan menjejaskan fungsi hati bagi ibu hamil

Bagaimanakah Preeclampsia menjejaskan bayi anda?

Preeclampsia boleh menghalang plasenta mendapatkan darah yang cukup .Jika Plasenta tidak mendapat darah yang mencukupi , bayi anda mendapat kurang oksigen dan makanan.Ini boleh meneybabkan berat lahir bayi yang rendah

Kebanyakkan ibu hamil masih boleh melahirkan bayi yang sihat jika preeclampsia dikesan awal dan dirawat dengan segera

Bagaimana anda boleh mencegah preeclampsia :-

Tiada cara yang pasti untuk mencegah preeclampsia.Tetapi , terdapat beberapa cara boleh mengawal tekanan darah tinggi iaitu :-

  • Kurang pengambilan garam
  • Minum 6-8 gelas air sehari
  • Jangan banyak makan makanan goreng dan makanan ringan
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Kerap bersenam seperti menjalani yoga kehamilan
  • Tinggikan kaki anda beberapa kali setiap hari
  • Elakkan minuman yang mengandungi alkohol
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein
  • Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil ubat yang ditetapkan dan supplemen tambahan
credit 

Semoga bermanfaat buat anda semua..

-AmazingMommaFie-