RSS

22 March 2013

Vitamin Kesuburan


Bissmillah hir rahman nir rahim...

Assalamualaikum ..


Sejak beberapa hari ni, ramai kawan2 yang bertanya tentang macam mana nak dapat baby..

"saya kepingin ada anak, dah kawin beberapa tahun tapi masih belum dikurniakan anak".

"Apa yang perlu saya buat, dah byk usaha saya lakukan cume belum pernah mencuba makan vitamin jer"

Shaklee ada ke??? YES.. Shaklee ada set Kesuburan..


Mereka telah berusaha pelbagai cara, namun masih belum berhasil.. Sebab tu mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencuba VITAMIN SHAKLEE.. Kenapa Shaklee?? Sebab SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.


JOM Kite tengok sikit ape yang ada dalam Set Kesuburan ini..



Kita baca pula semua fungsi vitamin-vitamin tersebut..

GLA (gamma linolenic acid)
~~~~~~~~~~~~~~~~

>> Membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut.
>> Membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan ketika haid kerana GLA membentuk prostaglandin.
>> Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang BERKUALITI untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.



VITAMIN E

Tahukah anda, Vitamin E mampu meningkatkan kemampuan reproduktif??

♥ Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600iu – 800iu vitamin E sehari mampu MENINGKATKAN KIRAAN SPERMA mereka.

♥ Vitamin E juga dikatakan mampu meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yg lebih.

♥ Keunikan vitamin E Shaklee : Mengandungi 10mg selenium. Selenium semulajadi membantu tubuh kita untuk menyerap vitamin E dgn lebih baik.


ZINC COMPLEX
~~~~~~~~~

Kepentingan ZINC dalam kesuburan
♥Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan MENINGGIKAN KANDUNGAN SPERMA.

♥Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dlm organ seks lelaki.

Kekurangan Zinc boleh menyebabkan:
>> Organ seks lambat matang
>> Bilangan sperma yang sedikit
>> Kemerosotan fungsi seksual

Zinc juga PENTING untuk OVULASI wanita:
♥ Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

Anda berminat.. 



Hubungi : 
♥ Rafidah Abd Mutalib♥

♥ Shaklee Independent Distributor
869491♥
♥ SMS/Whatsapp :0136200385♥
♥ Emel : rafidah.abdmutalib@gmail.com♥

08 March 2013

Isteri Cantik dan Bahagia




Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,

♥ baca Al-Fatihah 1 kali, 

♥ Ayatul Qursi 1 kali,
♥Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

10 TIPS Mengajar Bayi



Assalamualaikum......

Bagaimana anda berkomunikasi dengan bayi anda? Ramai ibu bapa diluar sana yang salah teknik mengajar si cilik mereka.. Jom kite baca bagaimana untuk mengajar bayi cilik anda..






Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.


1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.


2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.


3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.


4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.


5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.


6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.


7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 


8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.


9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.


10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.


Sumber: Pa&Ma Disember 2011